SK Seremban 2A mendapat tempat Pertama dalam Pertandingan Tilawah dan Kuiz j-QAF (Tahap 1)

Majlis Semaian Wahyu Program j-QAF – KAP Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (Daerah Seremban 1) Negeri Sembilan 2012 telah diadakan buat kali ke-5 pada 22 September 2012 (Sabtu) yang lepas. Ia merupakan acara tetap dan menjadi teras kepada aktiviti program j-QAF sekolah rendah yang diuruskan oleh Sektor Pengurusan Pendidikan Islam (SPPI) Jabatan Pelajaran Negeri, Negeri Sembilan. 29 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan tahun ini.

Acara-acara yang dipertandingkan ialah Tilawah Al-Quran, Kuiz j-QAF, Kalam Jamai’r dan Dikir Arab. SK Seremban 2A telah mengambil bahagian dalam semua acara kecuali Dikir Arab.

SK Seremban 2A telah mendapat tempat pertama dalam Petandingan Tilawah Al-Quran Tahap 1 (Perempuan). Ia telah dimenangi oleh adik Faizura Syairah binti Amran.

SK Seremban 2A juga telah mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Kuiz j-QAF Tahap 1. Ia telah dimenangi oleh kumpulan yang terdiri daripada adik Muhammad Afif Amjad bin Mohd Azmi, adik Anis Hannani binti Hilmy dan adik Harith bin Khairil.

Tahniah juga kepada peserta-peserta dari SK Seremban 2A yang telah membuat sehabis baik dalam pertandingan-pertandingan Sabtu lepas.

Semoga usaha-usaha ini akan melonjakan murid-murid, guru-guru serta sekolah jauh kehadapan.

Tahniah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s