Kempen Kitar Semula!

Kumpulkan barang kitar semula, dapatkan BonusHijau, dan tukarkannya untuk Hadiah! (Lihat www.bonushijau.com.my)

Program ini dirancang sebagai langkah untuk memberikan informasi kepada masyarakat dan pelajar khususnya berkaitan kepentingan menjaga alam sekitar melalui pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang baik dengan mengamalkan aktiviti-aktiviti seperti pengasingan sisa kitar semula organik dan bukan organik.

Manfaat:

  1. Membantu membersihkan kawasan rumah/sekolah/etc. dan memelihara alam sekitar dari pencemaran.
  2. Ibu bapa/murid dapat membantu sekolah kerana 20% BonusHijau yang dikumpulkan akan disalurkan kepada sekolah untuk melaksanakan program-program seperti kelab sains, kelab sukan, kelab rekreasi dan lain-lain.

Cara Mengapatkan BonusHijau:

  1. Daftar di Log masuk di http://www.bonushijau.com.my untuk membuka akaun BonusHijau tanpa sebarang bayaran.
  2. Kumpulkan barangan kitar semula di rumah/sekolah/pejabat sekurang-kurangnya 30kg.
  3. Maklumkan kepada kami di http://www.bonushijau.com.my bila kutipan boleh dibuat samada pada rabu, sabtu atau ahad.
  4. Kami akan membuat kutipan, menimbang dan merekod secara online terus ke akaun BonusHijau anda.
  5. BonusHijau yang terkumpul boleh ditukarkan kepada hadiah ganjaran yang anda impikan. Senarai hadiah ganjaran (rewards) terdapat di http://www.bonushijau.com.my
  6. Anda juga boleh mempelajari cara membuat kompos sisa dapur melalui BonusHijau dengan masa yang cepat dan berkesan.

Program Kitar Semula ini juga telah mendapat kebenaran dan sokongan daripada Pihak Kementerian Malaysia bertarikh 28hb Mac 2011 berkenaan Permohonan Pembaharuan dan Perluasan Program Kitar Semula di Sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s