Sekolah akan bercuti pada 11/02/2013 (Isnin) dan 12/02/2012 (Selasa) sempena Tahun Baru Cina. Sekolah akan dibuka semula pada 13/02/2013 (Rabu).
Harap maklum.
Sekolah akan bercuti pada 11/02/2013 (Isnin) dan 12/02/2012 (Selasa) sempena Tahun Baru Cina. Sekolah akan dibuka semula pada 13/02/2013 (Rabu).
Harap maklum.
Pendaftaran untuk Tahun 1 ialah pada 28 Dis, pukul 8 pagi. Bagi Tahun 2 – 6, persekolahan akan bermula pada 2 Jan, ikut waktu persekolahan seperti biasa.
Pihak sekolah dan PIBG ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa, murid-murid serta guru-guru yang telah datang dan menjayakan program Hari Karnival Keluarga SK Seremban 2A.
Majlis Semaian Wahyu Program j-QAF – KAP Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (Daerah Seremban 1) Negeri Sembilan 2012 telah diadakan buat kali ke-5 pada 22 September 2012 (Sabtu) yang lepas. Ia merupakan acara tetap dan menjadi teras kepada aktiviti program j-QAF sekolah rendah yang diuruskan oleh Sektor Pengurusan Pendidikan Islam (SPPI) Jabatan Pelajaran Negeri, Negeri Sembilan. 29 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan tahun ini.
Acara-acara yang dipertandingkan ialah Tilawah Al-Quran, Kuiz j-QAF, Kalam Jamai’r dan Dikir Arab. SK Seremban 2A telah mengambil bahagian dalam semua acara kecuali Dikir Arab.
SK Seremban 2A telah mendapat tempat pertama dalam Petandingan Tilawah Al-Quran Tahap 1 (Perempuan). Ia telah dimenangi oleh adik Faizura Syairah binti Amran.
SK Seremban 2A juga telah mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Kuiz j-QAF Tahap 1. Ia telah dimenangi oleh kumpulan yang terdiri daripada adik Muhammad Afif Amjad bin Mohd Azmi, adik Anis Hannani binti Hilmy dan adik Harith bin Khairil.
Tahniah juga kepada peserta-peserta dari SK Seremban 2A yang telah membuat sehabis baik dalam pertandingan-pertandingan Sabtu lepas.
Semoga usaha-usaha ini akan melonjakan murid-murid, guru-guru serta sekolah jauh kehadapan.
Tahniah!
Sekolah akan mengadakan kutipan barang kitar semula untuk disenaraikan ke dalam Malaysia Book of Records seperti berikut:
Tarikh: 18 Sept, 2012 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi – 1.00 t/hari
Tempat: Dataran Harmoni/Dewan Sri Budi SK Seremban 2A
Sasaran: Semua murid SK Seremban 2A
Bagi menjayakan program ini, Sekolah memohon kerjasama anak tuan/puan untuk membawa barang-barang kitar semula seperti – suratkhabar lama, majalah, buku-buku lama, kertas, kotak, botol plastik, tin aluminium dan lain-lain untuk dikumpul dan direkodkan pada hari tersebut.
Barang kitar semula tersebut hendaklah ditag nama murid, nombor kad pengenalan atau surat beranak dan nama kelas.
Kerjasama dan perhatian tuan/puan amat dihargai.